fbpx

Belanjawan 2025: PKBM cadang peruntukan diagih terus kepada persatuan kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia (PKBM) mencadangkan agar peruntukan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Belanjawan 2025 semalam disalurkan terus kepada persatuan-persatuan yang sudah pasti dapat melaksanakan projek-projek tanpa melalui pihak konsesi-konsesi.

Presidennya, Datuk Aznan Yusoff berkata, cadangan tersebut dalah bagi mempercepatkan perlaksanaan projek-projek kali ini dan sudah pasti pihak persatuan-persatuan akan dapat mengenali Kontraktor-kontraktor pelaksana yang cekap dan efesien serta mampu menyiapkan kerja-kerja ini dengan cepat.

“Ada juga beberapa perkara-perkara yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2025 semalam yang akan memberikan impak yang negatif dari kekhuatiran kenaikan harga-harga bahan-bahan binaan.

“Antaranya, subsidi Diesel mash belum ada penyelesaian yang menyeluruh kepada Industri, begitu juga apabila gaji minima dicadangkan untuk dinaikkan dari RM1,500 kepada RM1,700 dan juga cadangan Subsidi Sasaran Ron95 akan pasti memberikan impak yang ketara.

“Dengan Pembentangan Belanjawan 2025 ini kami memdoakan agar ekonomi negara akan terus meningkat dan Industri Binaan bertambah rancak dan lebih kompetitif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bagi Kementerian Kerja Raya pada Belanjawan 2025 semalam berjumlah RM10.350 billion.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Alexanda Nanta Linggi menjelaskan, sejumlah RM9.327 bilion adalah untuk Bajet Pembangunan yang mana sebahagian besar akan ditumpukan untuk pembinaan, kerja-kerja pembaikan, kerja-kerja mengganti dan menaik taraf jalan dan jambatan di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

Manakala, kementerian juga telah memperuntukan RM2.8 bilion untuk menyelenggara Jalan Persekutuan dengan RM1 bilion dikhususkan untuk Jalan Sekunder, Jalan Felda dan Jalan Industri yang telah dikenalpasti memerlukan penyelenggaraan segera.

Menurut Kementerian Kerja Raya juga, sebanyak RM 450 juta telah dikhaskan untuk memperkasa kontraktor kecil Bumiputera kelas G1-G4 iaitu peningkatan sebanyak RM150 juta dari tahun 2024 bagi penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI