fbpx

Akta baharu tahanan rumah dibentang di Parlimen tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tiga dari kiri) semasa merasmikan Majlis Santuni Madani, Program Satu Pemimpin Satu Kampung MCBA KDN di Kampung Bukit Tiu, Machang hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

MACHANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membentang akta baharu tahanan rumah di Parlimen tahun depan selari dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2025 semalam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, tempoh masa pembentangan itu akan dijalankan selepas semua perancangan berjalan mengikut jadual.

Menurutnya, ia merupakan satu rang undang-undang baharu selari dengan keputusan dasar yang telah diberikan kepada Kabinet.

“Jika semua berjalan mengikut jadual, pembentangan akta dilakukan sama ada sesi awal, pertengahan dan hujung tahun.

“Seksyen 43 Akta Penjara 1995 sebelum ini membolehkan menteri untuk mengarah kepada penjara membuat aturan baharu. Ia telah digunakan pada 2000 untuk menjalani parol, pembebasan berlesen dan perintah kehadiran wajib.

“Tiada pemindaan Akta Imigresen untuk akta baharu tahanan rumah kerana rang undang-undang baharu akan digubal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santuni Madani, Program Satu Pemimpin Satu Kampung Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) KDN di Kampung Bukit Tiu, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin memberitahu, KDN, Jabatan Penjara dan agensi terlibat ketika ini sedang menggubal rang undang-undang tersebut.

Katanya, beliau akan membawa perkara tersebut untuk mendapat kelulusan daripada Kabinet sebelum dibentang ke Parlimen.

“Kabinet telah memberikan kelulusan dasar. Semua agensi ketika ini terlibat dan peguam negara sedang menggubal rang undang-undang tersebut sebelum ia dibentang semula kepada kabinet seterusnya ke Parlimen,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan menggubal akta baharu bagi membolehkan hukuman tahanan di rumah sebagai alternatif untuk kesalahan tertentu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI