fbpx

6 selaman masih gagal jumpai mangsa perahu regatta karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi SAR dilakukan sejak pagi tadi bagi mencari lima pengayuh perahu UKPS yang hilang selepas karam ketika menjalani latihan sempena Regatta Sarawak di Sungai Sarawak, berhampiran Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa.

KUCHING – Sebanyak enam selaman telah dilakukan setakat tengah hari ini, namun masih gagal menjumpai lima pekayuh perahu regatta Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) yang hilang selepas karam di Sungai Sarawak, semalam.

Pemangku Pengarah Bomba Sarawak, Tiong Ling Hii berkata selaman dilakukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dimulakan dari pukul 6.30 pagi tadi.

“Radius selaman pada kedudukan sehingga 15 meter dari lokasi perahu karam, dengan kedalaman lima hingga 5.6 meter.

“Tempoh selaman maksimum adalah selama 15 minit, namun setakat ini semua hasil selaman adalah negatif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan bomba turut melakukan pencarian di luar Baraj Kuching sehingga ke kawasan Kampung Bako, ekoran kemungkinan mayat mangsa hanyut sehingga ke kawasan berkenaan.

“Baraj Kuching ada dibuka malam tadi disebabkan hujan tetapi sudah ditutup pada pagi tadi,” katanya.

Dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 4.20 petang semalam, lima daripada 16 pekayuh yang terdiri daripada kakitangan UKPS hilang selepas perahu mereka karam ketika menjalani latihan sempena Regatta Sarawak di Sungai Sarawak, berhampiran Royal Bay Commercial Centre Jalan Buruh Bintawa.

Lima mangsa terbabit dikenali sebagai Mohammad Ikhmal Sama’ail, 34, Majurie Maharuf, 32, Mohd Afiq Isyamudin Asaari, 26, Mohamad Khairul Bidin, 26, dan Muhammad Khairul Hisham Kasturi, 23.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata kejadian dipercayai berpunca dari gelombang sebuah bot nelayan yang datang dari arah bertentangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI