fbpx

51 kes tren KTMB rempuh haiwan, lembu tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TUMPAT – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merekodkan sebanyak 51 kes melibatkan tren kendalian syarikat tersebut yang merempuh haiwan termasuk lembu melintas di kawasan landasan kereta api sepanjang tahun ini.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, statistik tersebut direkodkan dalam tempoh 10 bulan bermula Januari manakala 58 kes rempuh haiwan direkodkan tahun lalu.

“Kejadian berlaku tidak mengira masa. Keadaan itu menyebabkan pergerakan tren tergendala tidak kurang daripada empat jam sekiranya terdapat kemalangan melibatkan haiwan sebelum perjalanan dapat diteruskan.

“Laluan tren KTMB di Kelantan dan Pahang dikenal pasti menjadi antara lokasi yang kerap berlaku insiden langgar haiwan terutamanya lembu hampir setiap tahun di negeri-negeri Pantai Timur,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Abadikan Momen Istimewa Bersama Atlet Lejen di Padang KTMB di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zain memberitahu, lokasi ‘hotspot’ kemalangan melibatkan haiwan ialah laluan Kuala Krai-Gua Musang di Kelantan dan Jerantut-Kuala Krau di Pahang.

Menurutnya, sehubungan itu, pemilik haiwan ternakan perlu memastikan haiwan mereka tidak dilepas dan bebas sehingga ke kawasan landasan kereta api.

“Meskipun lembu-lembu dibiarkan untuk meragut rumput di kawasan landasan kereta api, pemilik perlu sentiasa memantau pergerakan haiwan ternakan mereka.

“Haiwan ternakan mereka juga boleh membahayakan nyawa penumpang dan gerabak kereta api yang sedang bergerak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI