fbpx

5 motosikal dijual setiap minit pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail sejumlah penduduk menunggang motosikal di Hanoi. - Foto AFP

HANOI  –  Sebanyak 5.2 buah motosikal baharu dijual setiap minit pada suku ketiga tahun ini di Vietnam, lapor portal berita tuoi tre news semalam.

Menurut Persatuan Pengilang Motosikal Vietnam(VAMM), sejumlah 686,001 unit motosikal baharu dijual di negara itu dari Julai hingga September 2024.

Angka itu diperoleh VAMM berdasarkan  data jualan lima jenama utama motosikal  di Vietnam iaitu Honda, Piaggio, Suzuki, SYM dan Yamaha.

Secara purata, 7,456 buah motosikal baharu dijual setiap hari bersamaan 5.2 kenderaan dua roda itu pada setiap minit.

Susulan permintaan yang begitu kukuh, jualan motosikal pada suku ketiga tahun ini melonjak 12.34 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Pertumbuhan itu menandakan pemulihan pasaran motosikal domestik selepas mencatatkan penurunan sejak akhir tahun lalu, kata VAMM.

Pertumbuhan pasaran semasa itu antara lain, disebabkan kejayaan program promosi jualan berkesan yang menawarkan pengurangan harga dan pelancaran model baharu.

Peningkatan permintaan daripada ibu bapa yang membeli motosikal untuk anak mereka pergi ke sekolah turut menyumbang kepada lonjakan jualan kenderaan itu di Vietnam. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI