fbpx

2 minggu diam, Fazura kembali ‘posing’ dalam Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEEKONGSIAN terkini Fazura dalam Instagram yang menarik perhatian ramai.

PETALING JAYA – Hampir dua minggu berdiam diri selepas sah bercerai pada 7 Oktober lalu, perkongsian terbaharu pelakon Fazura dalam Instagram dihujani kata-kata semangat pengikutnya, terutama wanita.

Menerusi hantaran tersebut, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, menzahirkan rasa syukur atas nikmat kurniaan Tuhan terhadap dirinya.

“Embracing, alhamdulilah,” tulisnya pada kapsyen gambarnya yang mengenakan kaca mata hitam.

Seolah-olah menunjukkan lembaran baharu kehidupan, hantaran tersebut turut berlatarkan lagu nyanyian Celine Dion berjudul A New Day Has Come.

Netizen nyata tidak melepaskan peluang untuk ‘menyapa’ artis kesayangan mereka selain menyuntik kata-kata semangat buat pelakon filem Pisau Cukur itu agar terus bangkit selepas berdepan kegagalan rumah tangga.

“Terus kuat daripada sebelumnya Faz, kami mungkin tidak lantang bersuara tetapi percayalah kami ada sahaja,” komen seorang peminat.

“Bahagiakan dirimu, hilang seketika tidak mengapa tapi kembali lebih kuat selepas itu. Allah tidak akan menguji hamba-Nya lebih daripada apa yang dia mampu,” tulis seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Nur Fazura yang kioni dalam tempoh idah sah bercerai talak satu dengan Fattah Amin pada 7 Oktober selepas tujuh tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI