fbpx

14 kereta disyaki berlumba haram disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanyan memeriksa sebahagian daripada 14 kereta yang disyaki terlibat dalam lumba haram di Bandar Baru Kijal, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Sebanyak 14 buah kereta pelbagai jenis yang disyaki terlibat dalam aktiviti lumba haram ditahan polis melalui Op Lumba Haram di Bandar Baru Kijal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, Op Lumba Haram tersebut dilaksanakan berikutan aduan awam tentang berleluasanya aktiviti lumba haram di kawasan berkenaan.

“Serbuan dibuat setelah risikan mengesan lokasi berkumpul individu disyaki berlumba haram terbabit. Kesemua 14 kereta disita setelah didapati melakukan pengubahsuaian tanpa mengikut spesifikasi dibenarkan,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, Op Lumba Haram turut menyita dua motosikal dan mengeluarkan 40 notis kompaun di  atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu, mengubahsuai ekzos, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tiada perlindungan insurans,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI