fbpx

Warga emas meninggal dunia seorang diri di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang telah meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Kampung Baru, Slim River, Tanjung Malim hari ini. - Foto JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun ditemui mati seorang diri dirumahnya di Kampung Baru, Slim River di sini kira-kira pukul 7.47 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang khuatir akan mangsa itu yang tidak keluar rumah selama beberapa hari.

“Komander operasi menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu utama rumah mangsa yang berkunci sebelum pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI