fbpx

[VIDEO] ‘Perang mulut’ penunggang basikal lawan pemandu kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut.

PETALING JAYA – Drama pertengkaran melibatkan seorang penunggang basikal dan pemandu kereta di bulatan jalan (roundabout) mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai mengenai siapa sebenarnya yang salah.

Berdasarkan perkongsian video oleh Reels Dashcam Malaysia di Facebook, kelihatan sebuah kereta dipandu seorang lelaki sedang melalui kawasan bulatan jalan sebelum kehadiran seorang penunggang basikal dari sebelah kiri secara tiba-tiba.

Tindakan penunggang basikal itu hampir menyebabkan kemalangan sebelum kedua-dua individu berkenaan berhenti di tepi jalan dan bertengkar.

Dalam pada itu, ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan luahan rasa tidak puas hati daripada netizen terhadap tindakan penunggang basikal tersebut.

“Penunggang basikal yang salah. Dia sepatutnya berhenti kerana ada kereta di bulatan, malah dia berbasikal di tengah jalan. Sepatutnya dia menggunakan sisi jalan,” kata Anthony Pak.

“Kan itu bulatan, kenderaan dari sebelah kanan harus diberi laluan terlebih dahulu. Patuhi undang-undang, wahai pengguna jalan raya yang budiman,” tambah Yunos Ali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI