fbpx

Tiga kanak-kanak lemas, kereta terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan selaman di sekitar kenderaan dalam kejadian di Lawas hari ini.

LAWAS – Tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam kejadian Perodua Alza yang membawa 10 penumpang terjunam ke dalam sungai di Kampung Awat-Awat di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata ketiga-tiga mangsa adalah dua lelaki dan seorang perempuan dikenali sebagai Mohamad Nazran Ag. Matasan, 10, Mohd Fayard Mohd Azmi, 5, dan Eryna Akifa Imani Zukri, 8.

Menurutnya, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 1.15 petang tadi, kereta yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu sedang membawa lapan orang kanak-kanak yang merupakan pelajar SK Agama (MIS) Lawas termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang merupakan anak pemandu terbabit.

“Enam orang berjaya menyelamatkan diri selepas pemandu terbabit bertindak membuka pintu bonet belakang kereta.

“Manakala tiga orang kanak-kanak yang terperangkap di dalam kenderaan telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Klinik Kesihatan Sundar, Lawas sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun juga dalam keadaan kritikal dan telah dibawa ke Hospital Miri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI