fbpx

Penyelia perlu pantau pegawai polis hidup mewah – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tiga dari kanan) di Perhimpunan Bulanan Ketua Polis anjuran JSJN, hari ini. Foto oleh PDRM

KUALA LUMPUR – “Saya tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang terlibat isu salah laku yang memberi imej buruk kepada pasukan.”

Demikian penegasan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung trend penglibatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perbuatan salah laku jenayah, dadah dan disiplin yang dilihat semakin meruncing.

“Bukan sahaja gagal dalam penyeliaan, malah ada yang turut sama terlibat kes jenayah. Terkini seorang ASP (Asisten Superintendan) dan enam pegawai rendah ditahan kerana melakukan pemerasan dan cabul ke atas seorang wanita semasa siasatan kes narkotik.

“Semua warga PDRM harus mengambil iktibar dan peringatan atas apa yang berlaku. Kepimpinan di semua peringkat perlu memastikan semua pegawai polis di bawah seliaan masing-masing dilaksanakan dan dipantau,” katanya.

Razarudin memberitahu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) akan bertindak lebih proaktif dalam mengambil tindakan mengesan salah laku dalam kalangan pegawai polis.

Tambahnya, penyeliaan secara ‘close monitoring’ dilaksanakan dengan lebih berkesan antaranya melalui pelaksanaan ujian saringan awal urin secara berkala.

“Penyelia perlu memantau pegawai yang dikesan memiliki gaya hidup mewah melebihi kemampuan.

“Tindakan tegas harus diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada jika ada yang terlibat dalam gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, mahupun lain-lain kesalahan yang berkaitan.

“Kepincangan yang berlaku tidak harus dipandang remeh, malah perlu dijadikan iktibar dan pastikan tidak berulang lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI