fbpx

‘Tanpa figura bapa, tak pernah tengok keluarga yang betul-betul bahagia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora Danish tidak pernah merasai suasana dalam sebuah keluarga lengkap dan bahagia.

PETALING JAYA – Tampak diulit kesempurnaan, hakikatnya kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun membuatkan pelakon Nora Danish tidak pernah merasai kehidupan yang benar-benar bahagia dalam sebuah keluarga lengkap.

Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, ketiadaan figura seorang bapa jugfa menjadikan kehidupannya terasa kosong dan sukar melihat contoh suami yang baik, terutama kepada ibunya..

“Saya tak pernah tengok keluarga yang betul-betul bahagia kerana bapa meninggal dunia ketika saya masih kecil.

“Jadi, saya dibesarkan ibu saya sendirian bersama kakak-kakak saya.

“Saya tak pernah tengok macam mana figura bapa dan ibu saya dijaga seorang suami. Tiada depan mata saya, kosong,” katanya dalam sebuah audio siar.

Belajar daripada pengalaman, Nora tetap memasang impian menjaga keluarga dengan lebih baik selepas ini.

“Saya tak kata saya ini isteri yang baik, jauh sekali.

“Tetapi itulah, mungkin kalau saya belajar dengan lebih lanjut, saya dapat mengendalikan perkahwinan saya dengan lebih baik dan sempurna,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon filem Polis Evo itu mengharapkan hidup dalam keadaan tenang dan selesa tanpa mengejar kekayaan.

“Kalau ketika kanak-kanak, nak jadi kaya dan nak bagi ibu hidup senang tetapi sekarang, jujur saya rasa, kekayaan bukanlah benda pertama yang saya cari.

“Saya cuma nak hidup selesa, boleh pergi ke mana yang saya nak. Bila hati mendapat ketenangan, pergi Perhentian (pulau) pun awak dah rasa bersyukur.

“Ketenangan itu yang saya mahukan. Saya cuma nak hidup dengan tenang,” katanya yang kembali hidup solo selepas bercerai dengan Nedim Nazri pada 16 Jun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI