fbpx

Tanah runtuh, Orang Asli Pos Gob terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Orang Asli bergotong-royong mengangkat motosikal mereka untuk merentasi sungai selepas paras air Sungai Puian di Pos Gob, Gua Musang meningkat. Foto IHSAN PENDUDUK

GUA MUSANG – Lebih 1,000 penduduk di Pos Gob di sini dilaporkan terputus hubungan apabila berlaku kejadian tanah runtuh di tiga buah bukit dan sebuah jambatan kayu rosak susulan hujan lebat melanda kawasan tersebut semalam.

Wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, beliau menerima aduan daripada penduduk Orang Asli mengenai perkara itu melalui aplikasi WhatsApp, pagi tadi.

Katanya, justeru, beliau berharap tindakan segera dapat diambil untuk menghantar bantuan makanan kepada penduduk dapat disegerakan sebelum masuk musim tengkujuh yang dijangka pada November ini.

“Saya menerima mesej daripada penduduk berkenaan terdapat tiga tempat berlaku tanah runtuh dan satu jambatan hampir runtuh.

“Saya turut dimaklumkan paras air Sungai Puian juga semakin meningkat sehingga menyebabkan mereka terpaksa bergotong-royong mengangkat motosikal untuk merentasi sungai itu,” katanya.

Mohd. Azmawi Fikri berkata, beliau menasihatkan kepada semua penduduk di Pos Gob supaya sentiasa berhati-hati selain menjaga keselamatan diri dan keluarga agar tidak melalui laluan yang berisiko tanah runtuh.

“Kita juga harap pihak kontraktor dapat membantu untuk tindakan membersihkan jalan tersebut bagi membolehkan penduduk melaluinya buat sementara waktu.

“Saya sendiri akan berbincang dengan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk memberikan bantuan awal kepada penduduk sebelum musim tengkujuh pada bulan depan,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI