fbpx

SOJC: New Zealand bakal jadi mangsa pertama Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia (merah) dikawal dua pemain New Zealand pada perlawanan persahabatan Piala Sultan Johor 2024 di Stadium Hoki Taman Daya baru-baru ini. - RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kali terakhir skuad hoki remaja kebangsaan menjuarai Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 adalah 13 tahun lalu ketika edisi pertama penganjurannya pada 2011.

Sejak itu, pasukan negara tidak lagi memenangi piala tersebut dan hanya sekali berjaya melangkah ke pentas final pada 2013 sebelum dikecewakan India apabila tewas 0-3.

Walaupun ia tidak segah kejohanan yang lain, namun kejayaan menjulang trofi SOJC itu sedikit sebanyak melonjakkan semangat pasukan untuk menghadapi Piala Asia Remaja di Mucscat, Oman hujung bulan depan.

Ketua jurulatih Young Tigers, I. Vikneswaran menegaskan mereka tidak mengambil mudah SOJC menjelang aksi pertam bertemu New Zealand di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru esok sebagai persiapan ke Piala Remaja Asia merangkap kelayakan Piala Dunia Remaja 2025.

“New Zealand dan Australia masing-masing berdepan kelayakan bagi zon Oceania, sudah tentu SOJC menjadi kayu pengukur keupayaan pasukan, perkara sama turut dilakukan pasukan lain.

“SOJC ini juga menjadi penanda aras kepada pasukan sebelum ke Piala Asia, sudah tentu kita tidak pandang ringan kejohanan ini dan bermain bermatian dalam setiap perlawanan.

“Jadi, walaupun tidak meletakkan sasaran, kita akan hadapi perlawanan demi perlawanan bermula dengan New Zealand. Dari situ, kita akan lihat sejauh mana kita mampu melangkah dalam SOJC,” katanya.

Vikneswaran berkata, persiapan pasukan berada dalam keadaan terbaik setelah anak buahnya beraksi cemerlang pada dua aksi pemanas badan menentang New Zealand dan Great Britain.

“Persiapan kita berjalan lancar dan setiap pemain berjaya menunjukkan prestasi sebenar selain mampu bergerak sebagai pasukan yang efisyen.

“Walaupun ia bukan cerminan aksi sebenar, saya pastikan pemain dapat mempamerkan permainan di tahap tinggi dan memberi tentangan hebat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI