fbpx

SOJC 2024: Malaysia sasar kedudukan podium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Persatuan Hoki Johor, Datuk Majid Manjit Abdullah (empat dari kiri) bersama enam pengurus pasukan negara yang bertanding memegang Piala Sultan Johor pada sidang akhbar menjelang SOJC di Hotel Pinetree, Iskandar Puteri, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Skuad hoki remaja kebangsaan mahu memastikan mereka beroleh kedudukan podium, iaitu tiga tempat teratas dalam Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 yang akan bermula esok.

Pengurus pasukan, Ganesh Shanmugam berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya 20 pemain yang telah dipilih mewakili negara menunjukkan kemampuan sebenar mereka.

“Ini adalah pasukan yang baharu dibentuk dengan jurulatih baharu, mereka telah mula dikumpulkan sejak April lalu namun senarai terakhir dipilih selepas tamat Sukan Malaysia (Sukma).

“Daripada 35 pemain, kita pilih 20 pemain untuk mewakili Malaysia dan kejohanan ini. Pasukan ini mempunyai karekter sebagai pemain dan saya yakin mampu capai kedudukan podium,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Antara Pengurus Pasukan SOJC 2024, di sini hari ini.

Tambah Ganesh, skuad Young Tigers itu telah memenangi dua perlawanan persahabatan menentang New Zealand dan Great Britain sebagai dalam aksi pemanas badan, sebelum ini.

“Kemenangan 2-1 dan 1-0 itu akan berikan keyakinan tambahan kepada pemain-pemain ini, apatah lagi dengan sokongan padu penyokong tempatan, kita yakin boleh catat kedudukan baik,” tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Great Britain, Paul Gannon pula memberitahu, mereka tidak akan beri laluan mudah kepada pasukan tuan rumah dalam kejohanan itu.

“Ya, Malaysia boleh dapatkan kedudukan nombor tiga, tetapi kami (Great Britain) akan menang nombor satu,” katanya ringkas sebagai mengulas kenyataan pengurus pasukan Malaysia.

SOJC 2024 disertai enam negara iaitu Malaysia, New Zealand, Great Britain, Australia, Jepun dan India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI