fbpx

Skandal lombong pasir: Akaun, aset jutaan ringgit dibekukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan aset bernilai jutaan ringgit berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir yang dikaitkan dengan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini belum ada tangkapan baharu dibuat berhubung kes berkenaan.

“Seorang individu ditahan semula dan direman selama tujuh hari. Pegawai penyiasat masih siasat untuk kesan saham yang disyaki diterima secara rasuah dan disimpan di beberapa syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola di Antara SPRM bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), di sini, hari ini.

Menurut Azam, pihaknya memerlukan sedikit masa berikutan terdapat 20 projek yang disiasat ketika ini.

“Mungkin dalam masa terdekat, tiga hingga empat hari kita akan kemas kini berkaitan kes ini. Saya boleh sahkan ada tindakan aset yang dibeku dianggar bernilai jutaan ringgit,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan sejumlah wang tunai RM600,000 ditemukan SPRM di sebuah premis dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli politik berpengaruh.

SPRM telah menggeledah enam premis iaitu sebuah kediaman dan lima unit pejabat di sekitar Lembah Klang berhubung siasatan skandal rasuah perlombongan pasir.

Beberapa kertas siasatan dibuka mengikut Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI