fbpx

Potret karya robot AI dilelong hingga RM840,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ai-Da bersama potret Alan Turing yang ‘dilukisnya’. - PA

LONDON – Sebuah potret hasil karya robot humanoid yang dikuasakan teknologi kepintaran buatan (AI) bakal dilelong di firma lelongan Sotheby’s di London buat kali pertama dalam sejarah, lapor akhbar The Independent kelmarin. 

Potret karya robot bernama Ai-Da itu menggambarkan seorang ahli matematik Inggeris terkenal, Alan Turing, yang dianggap sebagai bapa pengkomputeran moden. 

Potret setinggi 228.6 sentimeter itu dicipta oleh robot ultra realistik pertama menggunakan algoritma AI. 

Ia dijangka dijual pada harga £100,000 (RM560,000) sehingga £150,000 (RM840,000) dalam acara Jualan Seni Digital Sotheby’s bermula hujung bulan ini. 

“Melalui karya seni Alan Turing, saya memperingati pencapaian dan sumbangannya kepada pembangunan pengkomputeran dan AI,” kata Ai-Da. 

Jualan dalam talian itu akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 7 November depan.

Dicipta oleh pasukan yang diketuai oleh Aiden Meller, Ai-Da ialah robot ultra realistik yang direka untuk kelihatan seperti wanita dan menggunakan AI bagi menghasilkan lukisan dan arca. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI