fbpx

Polis tahan suami isteri berhubung kematian anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah yang didiami pasangan suami isteri terbabit di Sg. Setiam, Bintulu.

BINTULU – Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak mereka berumur empat tahun pada 15 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendent Nixon Joshua Ali berkata, kedua-dua suspek berusia 34 dan 28 tahun itu ditahan di rumah mereka di Sg. Setiam, di sini semalam.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Nixon, pihaknya menerima laporan berhubung kematian kanak-kanak terbabit pada 15 Oktober lalu, kira-kira pukul 7.50 malam di Hospital Bintulu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang mangsa dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut untuk tampil dan menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohamad Hashim Kasman di talian 01115377837 atau bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI