fbpx

Perjawatan JSJN 13 daerah di Sarawak diperkukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin ketika Perhimpunan Bulanan Ketua Polis anjuran JSJN, hari ini. Foto PDRM

KUALA LUMPUR – Kekuatan perjawatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di 13 daerah di Sarawak akan diperkukuh bagi menjamin keselamatan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, usaha memperkukuh perjawatan jabatan itu mendapat perhatian dan sokongan daripada kerajaan negeri.

Katanya, usaha itu diambil bagi mengekang penglibatan lebih ramai masyarakat terjebak dalam penyalahgunaan dadah.

“Saya menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha proaktif JSJN memperkukuhkan kekuatan perjawatan JSJN melibatkan 13 daerah di negeri Sarawak.

“Selain itu, ia sebagai langkah pengukuhan keselamatan ekoran pemindahan ibu negara Indonesia ke Wilayah Kalimantan Timur.

“Justeru, adalah diharapkan pertambahan perjawatan ini dapat dipenuhi secepat mungkin,” katanya ketika Perhimpunan Bulanan Ketua Polis anjuran JSJN, hari ini.

Razarudin berkata, JSJN yang dianggap sebagai ‘focal point’ (titik fokus) perlu sentiasa cakna dan proaktif selaras dengan perubahan globalisasi yang menjadikan sindiket dadah semakin licik dan kompleks.

“Antara tahun 1960-an hingga 1990-an, aktiviti penagihan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia memfokuskan kepada pengambilan dadah jenis tradisional seperti candu, heroin, morfin dan ganja.

“Namun, trend penyalahgunaan dadah berubah sejak 1990-an apabila kebanyakan penagih dadah menggunakan dadah jenis sintetik yang dihasilkan melalui pemprosesan bahan kimia sintetik seperti amphetamine, methamphetamine dan pil psikotropik,” ujarnya.

Katanya lagi, dadah jenis sintetik memberikan kemudaratan yang lebih besar sehingga membolehkan seseorang mengalami hilang ingatan atau kurang waras. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI