fbpx

‘Pengikut cecah 1 juta lepas simbah’ – Qistina tak terkesan dek kutukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qistina malas memikirkan tentang kutukan netizen dan mengganggap gimik adalah perkara biasa dalam dunia hiburan - MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

PETALING JAYA – Pelakon Qistina Raisah mendedahkan pengikut di TikTok miliknya hampir mencecah 1 juta sejak video dia menyimbah air ke muka penyanyi, Arnie Shasha tular dalam media sosial.

Qistina atau nama sebenarnya, Nur Qistina Raisah Mohd. Kamarol Azri, 16, berkata, di sebalik kecaman netizen akaunnya itu menunjukkan peningkatan mendadak sehingga meraih 15,000 pengikut baharu dalam tempoh singkat.

“Memang ramai marah saya simbah muka Arnie tapi sejak video viral saya tengok bertambah pengikut saya dalam 15,000 orang.
Lagi 4,000 nak cecah sejuta, memang ‘love’.

“Mungkin netizen berkampung sebab mereka nak tahu perkembangan kes pergaduhan antara kami yang hakikatnya cuma gimik untuk perkenalkan single pertama Arnie,” katanya selepas majlis pelancaran lagu berjudul Lepak.

Menurut pelakon drama Surat Dari Tuhan itu, banyak komen berbaur kecaman diterima tetapi dia tidak terkesan kerana lebih mengetahui situasi sebenar.

“Saya tak rasa gimik ini mencalarkan nama saya sebab saya hanya menjayakan watak dan jalankan tugasan seperti dipinta. Saya sendiri tidak tahu-menahu gimik yang dirancang pengurusan Arnie, sehari sebelum rakaman video baru tahu. Itu pun mak saya beritahu tapi saya okey sahaja.

“Ikutkan saya tak baca kutukan sebab selama ini pun netizen memang suka bercakap fasal saya, kalau saya tak buat apa pun mereka tetap akan bercakap.

“Saya tidak terkesan pun kalau kali ini dikutuk lagi. Sesekali baca boleh, tapi saya ambil pendekatan abaikan dan jangan balas kecaman,” ujarnya.

Ditanya maklum balas apabila dicop kaki gaduh gara-gara penularan video simbah itu, Qistina menafikan perkara tersebut.

“Saya kuat gaduh? Selalunya kalau ada isu melibatkan saya, orang lain yang mulakan dahulu bukan saya.

“Jika saya ada pergaduhan dengan sesiapa pun, saya lebih suka selesaikan secara baik dan personal. Tidak sampai nak viral,” luahnya.

Terdahulu, ‘pertelagahan’ antaranya dengan Arnie yang juga pelakon menjadi bualan apabila tular satu rakaman video insiden mereka berdua bergaduh.

Kedua-dua artis muda terbabit bersemuka di parkir sebuah pusat beli belah bagi menyelesaikan masalah sebelum Qistina melontarkan air ke wajah Arnie.

Begitupun, hari ini anak kepada produser filem Datuk Rosmarayu Mokhtar itu mengumumkan klip rakaman tersebut hanya gimik untuk single baharunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI