fbpx

NASA sedia ‘bala tentera’ hadapi ‘serangan’ asteroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NASA akan menggunakan kapal angkasa untuk menyerang asteroid. - Foto AFP/Getty Images

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) merancang untuk menggunakan 1,000 kapal angkasa dan letupan nuklear untuk melindungi Bumi daripada serangan asteroid, lapor laman berita The Sun UK kelmarin.

NASA membuat rancangan itu berdasarkan pengetahuan mereka tentang asteroid yang pernah menghapuskan dinosaur 66 juta tahun lalu. Ia digariskan dalam Strategi Persediaan Nasional dan Pelan Tindakan.

Pentadbir NASA, Bill Nelson berkata: “NASA komited untuk melindungi Bumi daripada asteroid dan komet yang berpotensi membawa bahaya.”

Letupan nuklear juga adalah kaedah lain yang sedia untuk digunakan bagi melindungi Bumi.

Agensi milik Amerika Syarikat (AS) itu berkata, ia merancang untuk mengerahkan sebanyak 1,000 kapal angkasa yang direka untuk merempuh asteroid dan mengubah trajektorinya.

Sebelum ini, NASA berjaya menunjukkan teknik tersebut pada tahun 2022 yang membuktikan bahawa Bumi mempunyai pertahanan yang berdaya maju terhadap ancaman dari angkasa lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI