fbpx

Muhammad Hasri hilang ketika keluar beli rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Hasri masih gagal ditemui sejak keluar membeli rokok, 16 Julai lalu.

BALIK PULAU – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang pemuda berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar membeli rokok di kawasan Batu Maung di sini, sejak tiga bulan lalu.

Muhammad Hasri Abu Hassan dilaporkan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini dan laporan polis telahpun dibuat ahli keluarganya di Balai Polis Batu Maung.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan individu terbabit pada 25 Julai lalu selepas seminggu kejadian berlaku.

“Lokasi terakhir keberadaan Muhammad Hasri adalah pada 16 Julai lalu ketika keluar mahu membeli rokok. Mengikut keterangan ibunya, Muhammad Hasri dalam keadaan tidak terurus dan kemurungan sejak 1 Jun lalu.

“Pada 3 Jun lalu, ibunya ada mendapatkan bantuan daripada ambulans untuk membawa Muhammad Hasri menerima rawatan psikiatri di Klinik Jalan Perak dari 4 hingga 15 Jun lalu.

“Setelah itu, Muhammad Hasri hanya mendapatkan rawatan susulan,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambahnya, orang awam yang yang terjumpa atau mempunyai maklumat mengenai individu tersebut, sila hubungi Sarjan Mohd. Nor Hafiza ditalian 011-18738985 atau Balai Polis Batu Maung: 04-626 3214 atau mana-mana balai berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI