fbpx

Mangsa ‘body shaming’, Ummi Nazeera pernah digelar godzilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ummi mendedahkan pernah berdepan dengan 'body shaming' ketika berusia belasan tahun. SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Disebabkan tubuh badan yang agak berisi dan tinggi, pelakon Ummi Nazeera pernah menjadi mangsa buli di sekolah sehingga mendapat gelaran godzilla.

Kata Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin, 34, kejadian sindir badan atau body shaming itu berlaku ketika masih di bangku sekolah rendah.

“Dulu ketika usia 11 tahun, bentuk badan saya agak berisi dan tinggi. Memang ada orang yang body shaming saya ketika itu dengan memanggil godzilla.

“Mereka yang bercakap itu budak lelaki. Sebenarnya badan saya tidaklah begitu besar cuma saya tinggi saja, tetapi tidak gemuk sangat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ummi yang ditemui dalam majlis sidang media drama Andai Tiada Dia di sebuah restoran di Kuala Lumpur semalam turut menegaskan perbuatan sindir badan boleh memberi kesan buruk kepada mangsa sekiranya tidak ditangani dengan baik.

“Saya sangat tidak setuju perbuatan body shaming lebih-lebih lagi apabila kejadian itu berlaku di sekolah. Walaupun perkara itu telah membentuk saya dan menjadi pembakar semangat untuk berubah.

“Kejadian itu berlaku ketika saya berumur 11 tahun, tetapi pada umur 12 tahun saya terus mengambil pendekatan untuk kurus. Saya tidak memberi sebarang reaksi terhadap individu terbabit, tetapi membuat perubahan dan buktikan terhadap diri saya sendiri.

“Waktu itu ejekan tersebut mengganggu keyakinan diri saya terutama usia yang masih muda ketika itu. Tetapi disebabkan saya memiliki seorang abang yang berada di sekolah yang sama dapat melindungi saya. Jadi perkara itu tidaklah begitu mengganggu saya sehingga tidak mahu ke sekolah,” katanya.

Biarpun pernah berdepan dengan pengalaman menjadi mangsa sindir badan, Ummi bagaimanapun mengakui gembira dengan bentuk fizikal sekarang selain tidak lagi menerima sebarang kritikan mengenai keadaan badannya.

“Masih dalam BMI (Indeks Jisim Badan) normal dan saya gembira dengan tubuh badan saya sekarang.

“Sekarang saya tidak pernah terima sebarang body shaming malah ada yang minta saya kongsikan nasihat bagaimana untuk menurunkan berat badan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ummi tampil dengan drama terbaharu berjudul Andai Tiada Dia yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria bermula 21 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI