fbpx

Majlis berkhatan macam sanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
angkap layar menunjukkan majlis berkhatan yang dihiasi dengan pelamin dan bunga warna-warni. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis berkhatan di Bandung, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian pengguna media sosial kerana diadakan seperti majlis perkahwinan, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @yuzzy_makeup menunjukkan pelamin yang dihiasi pelbagai daun dan bunga berwarna-warni. 

Ibu bapa budak lelaki yang berkhatan itu bahkan sempat memakai sut dan gaun seperti pengantin baharu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 776,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

“Idea yang bagus! Kebetulan pula anak-anak saya semua lelaki!” komen seorang netizen. 

“Ibu bapa dia (budak) nak rasa ‘kahwin’ sekali lagi,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI