fbpx

Liga Super: KL City bangkit atasi KDN FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada aksi menarik yang berpihak kepada KL City dengan menewaskan KDN FC 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - KL CITY

 

KUALA LUMPUR – Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue muncul wira Kuala Lumpur City selepas menyumbangkan dua gol untuk memastikan kemenangan 3-1 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak diraih dengan mudah ketika KDN FC yang turun selaku tuan rumah terlebih dulu membuka jaringan sebelum KL City mula menemui sentuhan bagi melengkapkan kebangkitan hebat di babak kedua.

Terdahulu, The City Boys melakukan satu perubahan dalam kesebelasan utama apabila menurunkan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy bagi menggantikan Azri Ghani sebagai penjaga gol utama.

KL City berjaya memulakan permainan di babak pertama dengan agak positif dimana pergerakan yang diatur dilihat lebih tersusun berbanding KDN FC.

Peluang terbaik perlawanan hadir pada minit ke-36 sebaliknya Hafizul Hakim yang sudah pun keluar daripada posisinya masih berjaya bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan Hakimi Abdullah.

Tuah seakan berpihak kepada KDN FC yang hanya memerlukan 12 minit ke babak kedua untuk membuka jaringan menerusi Washington Brandao.

Minit ke-64, Nicholas Swirad kembali menyamakan kedudukan dan 15 minit selepas itu, Josue menghasilkan gol kedua buat pasukannya.

Ketika aksi seakan berakhir 2-1, Josue sekali lagi menyerlahkan sentuhan emasnya apabila menyumbangkan gol ketiga pada masa kecederaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI