fbpx

Lelaki OKU hilang lima hari ditemui tidak bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki OKU ditemui di tebing sungai dekat Kampung Padang Terus, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di tebing sebatang sungai dekat sini, setelah lima hari dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, mayat mangsa yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan tertiarap di tebing sungai dekat Kampung Padang Terus petang tadi.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.42 petang.

“Setibanya di lokasi, didapati mayat tersebut terdampar di tebing sungai tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, jasad lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan lelaki itu merupakan seorang OKU pembelajaran dengan laporan mengenai kehilangannya dibuat keluarga mangsa pada 13 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI