fbpx

Kelas pendidikan khas, prasekolah tak cukup – Cikgu Fadli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Fadli.

PETALING JAYA – Bekas guru, Mohd. Fadli Salleh mendedahkan terdapat kekurangan bagi kelas pendidikan khas di negara ini sehingga ada guru yang terpaksa mengajar lebih daripada keperluan sepatutnya.

Katanya, sepatutnya nisbah seorang guru hanya bagi tujuh murid untuk pembelajaran berkesan.

“Kelas pendidikan khas tak cukup untuk tampung murid-murid yang berkeperluan khas. Tapi ada kelas sampai nisbah guru 1:15, lebih dua kali ganda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tambah Mohd. Fadli atau lebih mesra disapa Cikgu Fadli, kelas prasekolah bagi murid enam tahun juga berdepan dilema yang sama apabila jumlah sedia ada masih tidak mampu menampung permintaan ketika ini.

“Kelas prasekolah tidak mencukupi. Bilangan murid pra tidak selari dengan ‘enrolman’ murid tahun satu. Maka ada yang tercicir pra akibat tak mampu dan pelbagai kekangan yang lain,” jelasnya.

Katanya lagi, kebanyakan sekolah hanya memiliki seorang guru pemulihan bagi membimbing murid-murid yang kurang menguasai silibus subjek diajar.

“Satu sekolah hanya ada seorang guru pemulihan. Kalau sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid) tiada langsung guru pemulihan.

“Ramai murid yang lemah perlu dipulihkan. Kelas pemulihan adalah tempat terbaik. Namun cikgu pun seorang sahaja satu sekolah. Maka tak hairan ada murid tak kuasai 3M walau dah di tahun tiga, tahun empat,” katanya.

Dalam pada itu, Cikgu Fadli turut mencadangkan beberapa solusi kepada pihak kerajaan agar dilema yang ‘menghantui’ kebanyakan guru dan ibu bapa dapat ditangani segera.

“Kena tambah kelas pendidikan khas, prasekolah dan guru pemulihan. Kena ada peruntukan juga untuk kelas pemulihan kerana BBM (bahan bantu mengajar) dan bahan murid pemulihan memang perlu banyak dan sesuai,” terangnya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 10,042 kelas prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM) beroperasi di 6,318 sekolah atau institusi pendidikan di seluruh negara.

Katanya, peluasan kelas prasekolah dilaksanakan oleh pihaknya setiap tahun terutamanya di lokasi yang mempunyai permintaan tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI