fbpx

‘Kau photoshoot hari Selasa, Fattah hari Rabu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan ahli perniagaan, Datuk Red, mencuri perhatian apabila meluahkan rasa cemburu terhadap bekas isterinya, Adira Suhaimi yang dijadualkan untuk sesi penggambaran bersama pelakon popular, Fattah Amin.

Menurut Datuk Red menerusi rakaman siaran langsung di TikTok, tiada keperluan untuk Adira dan Fattah berada di set penggambaran pada hari yang sama.

Sebagai jalan penyelesaian, dia mencadangkan agar penggambaran dilakukan pada hari yang berbeza bagi mengelakkan mereka bertemu.

“Teknologi kan dah canggih. Kau photoshoot hari selasa, Fattah hari Rabu. Nanti aku edit je bagi gabung, aku dah pandai edit (sunting) sekarang. Tak perlu jumpa pun,” katanya kepada Adira.

Kenyataan Datuk Red ini mencuit hati pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai gurauan cemburu terhadap bekas isteri dengan membanjiri ruangan komen mengenai ‘kemahiran editing’ yang dikatakan oleh Datuk Red.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji sikap humor dan kejujurannya dalam berkongsi perasaannya terhadap bekas isterinya.

“Tok Red ni kan kalau bab-bab cemburu memang bagi dia semua,” ujar Ichaa.

“Tok lawak betul bila cakap ‘tak perlu nak jumpa nak apa’,” komen Lychinta.

“Kalau macam ni, satukan lah Adira dan Fattah. Nak tengok reaksi tok pula macam mana,” usik Lan Serin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI