fbpx

Intipati Belanjawan Madani 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai melihat pembentangan Belanjawan 2025 petang tadi,

PETALING JAYA – Belanjawan Madani ketiga yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup semua rakyat daripada pelbagai latar belakang dan juga berada sahaja mereka berada.

Bagi sektor perniagaan juga, Belanjawan 2025 dengan peruntukan sebanyak RM421 bilion iaitu yang terbesar pernah dilaksanakan itu, bakal dimanfaatkan semua segmen termasuk perusahaan kecil, sederhana dan mikro (PKMS) selain menambah baik kemudahan infrastruktur untuk kemudahan rakyat.

Belanjawan kali ini akan memastikan pengagihan kekayaan yang lebih adil dan saksama kepada semua.

Dipacu oleh langkah dan strategi daripada Belanjawan Madani Ketiga, ekonomi negara berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus.

Berikut adalah intipati Belanjawan Madani 2025:

 

Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta atau PIKAS
Menyasarkan untuk pertingkatkan pelaburan swasta sehingga RM78 bilion dengan menjana 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.

Projek pembangunan akan dilaksanakan dengan mengambil kira elemen ‘pengguna bayar’ bagi meredakan bebanan fiskal Kerajaan.

Projek terbabit Hospital Sultanah Aminah 2 di Johor; Lebuhraya Bertingkat Juru dan Sungai Dua, Pulau Pinang; Lebuh Raya WISE dari Gopeng ke Kuala Kangsar, Perak; Projek Tanaman Padi Lima Musim Dua Tahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis dan Lebuh Raya WCE bagi jajaran Banting ke Gelang Patah diberi keutamaan dalam perancangan.

Kadar pemberian khas Sarawak, Sabah dinaikkan

Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969. Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta berbanding RM16 juta (Sarawak) dan 125.6 juta (Sabah).

Mulai 2025, Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta.

SPRM

Peruntukan ditingkatkan kepada RM360 juta berbanding RM338 juta.

Jabatan Audit Negara dan Parlimen

Peruntukan dinaikkan kepada RM200 juta berbanding RM173 juta bersesuai dengan peranan lebih besar bagi memulakan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat dan entiti yang menerima peruntukan dan jaminan Kerajaan.

Peruntukan untuk Parlimen ditambah kepada RM180 juta berbanding RM166 juta.

Gabungan entiti kerajaan dengan peranan hampir sama

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); Perbadanan InvestKL dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA); Razak School of Government (RSOG) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); serta Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Perkhidmatan Bergerak ditambah baik
Peruntukan ditambah kepada RM100 juta.
Klinik Gigi Bergerak ditambah 9 lagi menjadikan 54 buah di seluruh negara.

Bank BSN Bergerak ditambah 4 lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan Kerajaan.

Ikhtiar Sejati Madani

Peruntukan RM1 bilion disediakan.

Keselamatan Siber

Peranan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan terima peruntukan RM20 juta.

Pelancaran Sebuah Portal Fraud Kebangsaan telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian.

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan diberi tambahan perjawatan seramai 100 orang dengan tambahan peruntukan RM10 juta.

Musibah banjir
Penyaluran segera RM150 juta kepada PBT dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mulakan kerja pembersihan longkang dan pengorekan sungai di kota-kota yang terkesan.

Peruntukan hampir RM600 juta untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebagai persiapan mendepani musibah banjir. Ini termasuk lebih RM300 juta ringgit yang telah disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Geran padanan segera RM20 juta untuk Yayasan GLIC dan GLC untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa di kawasan terjejas banjir.

Pelaburan strategik
Peruntukan RM200 juta disediakan untuk Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) bagi menyokong pertumbuhan PKS dan syarikat pertengahan serta menggalakkan pendayaciptaan

Pelaburan strategik

Peruntukan RM200 juta untuk Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) bagi menyokong pertumbuhan PKS dan syarikat pertengahan serta menggalakkan pendayaciptaan.

GLIC melalui ikhtiar GEAR-uP tingkatkan pelaburan langsung dalam negara RM120 bilion bagi tempoh 5 tahun dengan RM25 bilion ringgit dilaburkan tahun hadapan.

KWAP di bawah Dana Perintis sedia dana RM1 bilion untuk sokong aktiviti syarikat mula niaga tempatan dengan RM200 juta khusus untuk 2025.

PMKS

Peruntukan RM50 juta sebagai Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN untuk usahawan tempatan

Khazanah akan melancarkan Program Syarikat Mid-Tier dengan dana RM1 bilion untuk pembiayaan yang menyokong pembinaan keupayaan syarikat tempatan.

Dana RM750 juta disediakan di bawah Skim Insentif Pemampanan Pengeksport oleh EXIM Bank untuk perluas operasi ke pasaran luar.

Pertanian

Dana RM2.78 bilion untuk subsidi, bantuan dan insentif bagi pesawah dan nelayan berbanding RM2.6 bilion

Sektor sawit negara

Nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia dinaikkan kepada 3,150 ringgit, manakala bagi Sabah dan Sarawak kepada 3,650 ringgit.

Usahawan bumiputera

Peruntukan RM800 juta pembiayaan di bawah MARA dan PUNB tersedia untuk lebih ramai usahawan Bumiputera termasuk untuk menyokong artisan tempatan.

Peruntukan RM1.3 bilion untuk perkasa kontraktor G1-G4 khususnya bumiputera.

Penjaja dan peniaga kecil
RM100 juta disediakan untuk bina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT seluruh negara dan naik taraf kemudahan perniagaan di bawah DBKL dan MARA.

Kewangan Islam
Dana padanan RM100 juta untuk menggalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI