fbpx

Hujan lebat di Selangor, Kedah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perlis dan Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling).

“Bagi Perak pula, keadaan yang sama dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk turut berlaku di Selangor di kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat).

“Kawasan Segamat dan Kluang di Johor juga turut sama mengalami cuaca buruk pagi ini,” katanya.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI