fbpx

Harimau Malaya dapat bajet cari jurulatih terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya mendapat peruntukan RM15 juta sebagai sokongan kepada pembangunan sukan bola sepak pada pembentangan Belanjawan 2025 hari ini.

PETALING JAYA – Bagi menyokong pembangunan bola sepak kebangsaan, RM15 juta diperuntukkan untuk memperkasakan pasukan Harimau Malaya.

Perkhabaran gembira itu di­umumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Parlimen sebentar tadi.

“Bagi menyokong pemba­ngunan sukan bola sepak, RM15 juta disediakan kepada Harimau Malaya, pasukan bawah 18 (B-18) dan B-13 dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan serta ganjaran setimpal kepada pemain,” katanya.

Dana tersebut dilihat sebagai inisiatif terbaik daripada pihak kerajaan sebagai salah satu usaha membantu FAM untuk mendapatkan jurulatih terbaik bagi memastikan Harimau Malaya dapat bersaing hebat di peringkat antarabangsa.

Dalam masa sama, ia juga bagi memastikan persediaan Harimau Malaya dalam keadaan terbaik menghadapi kelayakan Piala Asia 2027.

Pada Belanjawan kali ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM230 juta buat warga sukan untuk memantapkan ekosistem, termasuk program po­dium, latihan intensif atlet dan juga Road to Gold (RTG) ter­utama persiapan menjelang Sukan ­Olimpik Los Angeles 2028.

Peruntukan itu turut meliputi pembangunan sukan atlet-atlet para, persediaan menghadapi Deaflympic Tokyo 2025 dan juga meliputi kerja-kerja menyelenggara serta membaiki kemudahan belia dan sukan seluruh negara selain geran padanan sukan bagi menggalakkan penganjuran pertandingan oleh ­persatuan dan NGO. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI