fbpx

Fasa getir Bagnaia pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA bertekad mengutip mata maksimum dalam empat perlumbaan terakhir bermula di Australia hujung minggu ini. - AFP

VICTORIA, Australia – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia tidak boleh melakukan sebarang kesilapan pada Grand Prix (GP) Australia dalam fasa kritikal menjuarai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) buat kali ketiga berturut-turut ketika musim semakin hampir ke penghujung.

Pelumba Itali itu hanya dipisahkan 10 mata di belakang pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin sekali gus menjadikan perlumbaan kali ini benar-benar sengit kerana saingan hanya berbaki empat pusingan bermula Australia, Thailand, Malaysia dan Valencia, Sepanyol.

“Saya sangat gembira dapat kembali berlumba di Australia. Perlumbaan ini akan membuka siri tiga perlumbaan berturut-turut yang terakhir sebelum penutup musim di Valencia.

“Saya akui perlumbaan minggu ini adalah detik yang sangat penting. Tinggal beberapa Grand Prix sahaja, jadi mendapatkan hasil terbaik adalah keutamaan saya dan pada masa sama tidak boleh membuat kesilapan,” kata Bagnaia.

Bagnaia hadir dengan semangat yang tinggi dan prestasi hampir sempurna selepas mencipta kemenangan di Jepun sekali gus yakin dia mampu mengulangi prestasi terbaik di Litar Philip Island.

“Di Motegi, kami bekerja dengan sangat baik tetapi litar itu memang sesuai dengan gaya tunggangan saya. Phillip Island adalah litar yang laju dan saya sentiasa berasa cukup kompetitif di sini.

“Litar ini agak unik terutama pada cengkaman tayar serta cuaca yang sentiasa berubah memainkan peranan besar dalam perlumbaan. Apapun kami sudah bersedia dan akan bekerja keras untuk menjadi lebih pantas bermula sesi latihan pertama,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI