LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot dilaporkan terpaksa melakukan mesyuarat harian bersama Darwin Nunez bagi mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan penyerang itu daripada terus menjadi ‘mangsa’ kepada perangkap ofsaid pihak lawan.
Bekas pengurus, Jurgen Klopp sebelum ini gagal menyerlahkan potensi sebenar Nunez dan tindakan drastik itu dikatakan bagi memastikan The Reds mempunyai pilihan lebih baik khususnya bagi mengharungi jadual lebih sukar selepas ini.
Seperti Klopp, kebimbangan itu terus dihadapi oleh Slot yang dikatakan agak kecewa dengan ‘kerja’ penyerang itu ketika beraksi tanpa bola dan pertemuan harian itu turut membabitkan juru analisis video.
“Sebaik-baiknya dia perlu ke sana (sertai pasukan kebangsaan Uruguay) kerana saya tidak rasakan ia adalah sesuatu yang bagus jika pemain digantung.
“Saya berpendapat, bagus untuk seseorang pemain kembali bertemu rakan senegara mereka, mendapatkan tenaga baharu dan memperoleh minit permainan,” kata Slot.
Untuk rekod, sepanjang 22 perlawanan musim lalu bintang dari Uruguay itu merekodkan 33 kali ofsaid, lima kali lebih banyak berbanding pemain lain di Liga Perdana Inggeris.
Selepas cemerlang dalam ujian awal, Slot bakal mendapat ujian lebih sukar apabila bakal berdepan jadual lebih sukar menentang pasukan lawan berkualiti.
Untuk kekal sebagai pencabar kejuaraan, The Reds wajar melepasi ujian getir bermula dengan aksi menentang Chelsea, Ahad ini sebelum menghadapi Arsenal, Brighton, Aston Villa dalam saingan domestik serta menentang RB Leipzig, Bayer Leverkusen dan Real Madrid di pentas Liga Juara-Juara. – AGENSI