fbpx

‘Dari Kota Marudu ke KL, ratu cantik jadi penyanyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BUKan hanya berbakat dalam nyanyian, Evanatie juga handal bermain dram.

DUNIA hiburan tempatan menyaksikan kemunculan bintang baharu, Evanatie Sannie atau lebih dikenali sebagai Evanatie dengan single sulung berjudul Pendam Rasa.

Lagu itu merupakan langkah pertama memperkenalkan suara segarnya yang mampu menarik perhatian pencinta muzik tempatan.
Pendam Rasa yang berentak balada mengisahkan tentang rasa cinta yang terpendam dan tidak mampu diluahkan, perasaan cinta yang terpendam dan tidak terluah.

Mendapat sentuhan komposer Aiman Zaidi, Wani Annuar, Farez Asmadi, Rudy Nastia dan lirik oleh Aiman Zaidi sertaWani Annuar, lagu itu membawa pendengar menyelami perjalanan emosi yang mendalam, disokong pula vokal Evanatie yang penuh jiwa.

Melodi mendayu-dayu serta lirik menyentuh perasaan menjadikan Pendam Rasa mudah dihayati mereka yang dilamun cinta.
Evanatie, 23, yang berasal dari Kota Marudu, Sabah berbakat besar dalam muzik malah mahir bermain dram.

Tidak hanya itu, dia juga pernah meraih tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau Sabah pada 2022.

“Saya sangat teruja dengan langkah baharu untuk bergelar penyanyi. Selepas menyertai Unduk Ngadau, saya banyak belajar tentang keyakinan diri dan bagaimana mahu menonjolkan personaliti di hadapan orang ramai.

“Kini, saya mahu meneruskan momentum itu dalam bidang muzik dan berharap lagu Pendam Rasa dapat diterima ramai,” katanya.
Menurut Evanatie lagi, dia bersyukur diberi peluang merakamkan single sulung itu.

“Syukur, saya dapat berkongsi karya ini dengan peminat muzik.

“Sebagai penyanyi baharu, proses menghasilkan lagu ini sangat bermakna. Bermula dengan mencari melodi, kemudian memasukkan lirik, semuanya cukup indah dan disertakan rasa syukur yang sangat mendalam.

“Justeru itu, saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang menjadikan mimpi saya satu kenyataan. Saya juga teruja mahu berkongsi karya ini dengan peminat,” katanya.

EVANATIE menyifatkan single Pendam Rasa sangat bermakna buat dirinya.

Istimewa

Sambung Evanatie, Pendam Rasa cukup dekat di hatinya dan berharap lagu itu dapat memberi inspirasi serta menyentuh perasaan pendengar.

“Tarikan lagu ini bukan hanya sekadar pada rentak melodinya tetapi punya ‘jiwa’ yang mampu menyentuh emosi paling dalam. Inilah yang membuatkan lagu ini istimewa.

“Dengan penuh rasa syukur, saya membayangkan telinga yang ingin meresapi setiap lirik dan setiap mata yang ingin memahami cerita di sebalik melodi.

“Seperti jiwa tidak henti-henti melafazkan rasa syukur atas rahmat yang diberikan,” katanya.

Lebih menarik, Evanatie bernaung di bawah syarikat rakaman sama dengan penyanyi Amir Masdi iaitu AR United Music yang menerbitkan single ini.

Single Pendam Rasa kini boleh didapati di semua platform penstriman muzik utama seperti Spotify, Apple Musican YouTube.
Video muzik rasminya juga akan dilancarkan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI