PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 3 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
“Bagi Perak pula, keadaan yang sama dijangka berlaku di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Manjung dan Perak Tengah,” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk turut diramal berlaku di Johor di kawasan Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi.
Cuaca baik dijangka berlaku meliputi kawasan sekitar Lembah Klang.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE