fbpx

Chegu Bard kemuka representasi gugur tuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham.

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard akan mengemukakan representasi untuk menggugurkan dua pertuduhan yang dihadapinya berkait Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Peguam bela, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Badrul Hisham memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan representasi dan memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah.

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudian menetapkan 6 Januari tahun depan untuk sebutan bagi mengetahui keputusan representasi tersebut.

Pada 29 April lalu, Badrul Hisham, 45, menghasut di Facebook atas nama ‘Chegubard’, di Taman Bukit Cheras, pukul 12.15 tengah hari pada 6 April lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada pukul 6 petang 22 Januari lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI