fbpx

Belanjawan 2025: Subsisi pendidikan golongan ‘mahakaya’ dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan akan mengurangkan subsidi pendidikan secara berperingkat bagi kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.

Menurut Anwar, kutipan yang diraih boleh dimanfaatkan untuk menambah baik prasarana Sekolah Berasrama Penuh dan institusi pengajian tinggi awam agar dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar.

“Penyasaran subsidi seumpama ini akan turut melibatkan kesihatan
awam. Golongan berpendapatan tinggi wajar menyumbang kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik di hospital kerajaan.

“Penjimatan diraih dapat dimanfaat untuk membiayai peranti perubatan untuk pesakit miskin dan menaik taraf peralatan hospital dan klinik awam,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI