fbpx

Belanjawan 2025: RM300 juta untuk program Payung Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300 juta untuk program Payung Rahmah menenerusi Belanjawan 2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tersebut meningkat RM100 juta berbanding RM200 juta pada tahun ini.

Katanya, program Jualan Rahmah akan terus diperhebatkan dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga berpatutan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap bulan.

“Sebanyak RM700 juta dikhususkan untuk memperbanyakkan saluran program kos sara hidup lain bagi mengawal harga barang termasuk melalui usaha sama dengan pengusaha pasar raya, pasar borong, kedai runcit, pasar tani, koperasi dan sebagainya.

“Selain itu, sebanyak RM250 juta disediakan bagi mengedarkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman dan desa termasuk memperluaskan ke kawasan baharu di Magandai, Kota Marudu, dan Nanga Pelawan, Bintulu,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI