fbpx

Belanjawan 2025: Ramli pakai tempok, aksesori Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli mengenakan tempok iaitu aksesori tradisional Orang Asli pada Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor mencuri perhatian apabila beliau mengenakan aksesori kepala tradisional Orang Asli pada Pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen hari ini.

Difahamkan, aksesori tradisional itu dikenali sebagai tempok dan beliau mengenakannya dengan baju Melayu warna hitam semasa mempengerusikan Pembentangan Belanjawan 2025.

Ini sejarah pertama kali apabila belanjawan dipengeruskan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Ramli yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands merupakan keturunan masyarakat Orang Asli dari Pahang.

Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemakan ‘Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ adalah yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI