fbpx

Belanjawan 2025: Hampir RM900 juta untuk perumahan mampu milik rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hampir RM900 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 48 Program Residensi Rakyat (PRR) dan 14 projek Rumah Mesra Rakyat termasuk dua projek PRR baharu di Port Dickson dan Seberang 110 Perai Tengah.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Madani meletakkan keutamaan memastikan perumahan mampu milik untuk rakyat.

Katanya, selain itu, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) telah meluluskan RM12.8 bilion Jaminan Kerajaan kepada lebih 57,000 pembeli rumah pertama.

“Kerajaan bersetuju menyeragamkan dan menaikkan bantuan bina baharu rumah rakyat antaranya penghuni PPRT, nelayan, Kampung Baru Cina, kepada maksimum RM90,000.

“Kadar siling baik pulih rumah rakyat juga ditingkatkan kepada maksimum RM20,000,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI