fbpx

Belanjawan 2025: Gaji minimum penjawat awam RM2,115 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar gaji minimum untuk kesemua penjawat awam ditetapkan pada paras RM2,115 sebulan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Anwar berkata, selaras dengan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara.

Katanya, ia mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“SSPA dilaksanakan secara berfasa berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI