fbpx

Belanjawan 2025: Entiti kerajaan hampir sama digabungkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Entiti kerajaan dengan peranan hampir sama telah dipusatkan bagi memastikan mandat penubuhan ditunaikan dengan lebih efektif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, entiti yang digabungkan itu termasuk Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta Perbadanan InvestKL dan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA).

“Seterusnya, Razak School of Government (RSOG) dan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) serta Perbadanan Pembangunan Halal (HDC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade),” katanya pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Anwar berkata, terkait tatakelola Badan Berkanun Persekutuan (BBP) pula, Garis Panduan Pengurusan dan Tatakelola BBP telah disediakan supaya badan berkanun mencapai tujuan penubuhan dan tidak tersasar daripada tujuan asal.

“Pejabat Penyelaras Rasionalisasi BBP ditubuhkan bagi menelusuri semula hala tuju BBP, keupayaan kewangan serta pertindihan peranan.

“Sekitar 544 entiti di bawah ekosistem BBP terlibat dan turut diperluas merangkumi Syarikat Berhad Menurut Jaminan (CLBG),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI