PETALING JAYA – Kadar Bantuan Sara Hidup berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk veteran ATM tidak berpencen dinaikkan kepada RM500 sebulan berbanding RM300 pada masa ini.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan penerima pencen terbitan mulai Januari hingga Disember 2025. – KOSMO! ONLINE