fbpx

Belanjawan 2025: 4.1 juta rakyat terima ‘duit belanja’ RM100 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 4.1 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (Sara) sebanyak RM100 sebulan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jumlah penerima pada tahun hadapan meningkat berbanding 700 penerima tahun ini.

Katanya, untuk 2025 kerajaan memberi SARA iaitu kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion tahun lalu.

“Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025 dan ini boleh dibelanjakan untuk membeli barangan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pembentangan Belanjawan 2025 di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini

Tambah Anwar, penerima boleh berbelanja di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI