fbpx

Ambulans bawa wanita nak bersalin rempuh lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah ambulans selepas merempuh seekor lembu di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Musang, hari ini. Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Pemandu ambulans, doktor dan seorang wanita yang mahu bersalin berdepan detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh seekor lembu melintas jalan di Kilometer 30, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, semua mangsa terlibat terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan berlaku ketika ambulans dari Hospital Gua Musang itu sedang dalam perjalanan ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk menghantar seorang wanita yang hendak bersalin.

Katanya, semasa tiba di lokasi kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas jalan dan melompat ke arah van ambulans jenis Toyota Hiace dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Wanita itu selamat dibawa ke HSIP dengan menaiki ambulans bantuan dari Hospital Gua Musang selepas kemalangan berlaku.

“Pemilik haiwan ternakan perlu sentiasa peka dan bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya selamat agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI