fbpx

‘Alhamdulillah sejak kes Fattah-Fazura, suami naikkan duit nafkah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie bersyukur suami tersayang, Shuib menaikkan bayaran nafkhah buatnya.

PETALING JAYA – Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah bersyukur suaminya menambah jumlah pembayaran nafkah selepas tular isu perceraian dua selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin.

Tidak mendedahkan jumlah yang diterima, Watie atau nama lengkapnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, jumlah tersebut adalah tinggi berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah sejak kes Fattah dan Fazura, suami naikkan duit nafkah.

“Walaupun bini tak pernah mengadu tidak cukup, tetapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” katanya dalam Instagram.

Watie juga sempat menasihati pasangan suami isteri agar sentiasa bertolak-ansur dalam rumah tangga selain menjadikan banyak isu semasa sebagai pengajaran.

“Sebenarnya suami isteri jadikanlah pengalaman dan kisah orang lain sebagai pengajaran, sama-sama bertolak-ansur dan memahami antara satu sama lain.

“Sebab kehidupan rumah tangga ini untuk kita lalui, nikmati dan susah senang sehingga ke nafas terakhir bersama,” jelasnya.

Sebelum ni, Watie juga pernah tular selepas mendedahkan menerima duit raya berjumlah RM5,000 daripada Shuib April lalu.

Sejak akhir-akhir ini, isu tuntutan nafkah menjadi topik hangat dalam media sosial selepas Fazura mendedahkan nafkah adalah salah satu punca perceraian dengan Fattah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI