fbpx

2 cedera, bot nelayan meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH bot fiber meletup dan terbakar mengakibat dua nelayan melecur teruk di Kampung Tanah Baru, lewat malam semalam.

KUALA PERLIS – Dua nelayan melecur teruk selepas sebuah bot nelayan tiba-tiba meletup dan terbakar di Kampung Tanah Baru di sini, lewat malam semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11.55 pagi itu, mangsa, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur 90 peratus manakala rakannya, Nur Azman Sabu, 45, melecur 45 peratus akibat disambar api.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya bergegas ke sebuah pelantar ikan di lokasi selepas mendapat maklumat kebakaran bot fiber tersebut.

“Ketika kejadian, mereka sedang bersiap untuk turun ke laut dan memeriksa bot tersebut termasuk memastikan minyak, bateri dan peralatan lengkap.

“Namun ketika salah seorang mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, tiba-tiba berlaku letupan yang mengakibatkan kebakaran pada bot fiber.

Tambah Yusharifuddin, ia mengakibatkan kedua-dua mangsa terbakar, namun sempat diselamatkan orang kampung yang turut berada di kawasan berhampiran seterusnya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di Kangar. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI