fbpx

Warga asing menjaja burger tanpa lesen sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA warga asing menjaja burger tanpa lesen sah.

JOHOR BAHRU – Tujuh penjaja burger antara 57 warga asing yang ditahan dalam operasi berasingan yang dijalankan di bandar raya ini dan Senai, kelmarin.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, dalam Ops Jaja, pihaknya menahan tujuh warga asing yang berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun.

“Mereka yang ditahan ini terdiri daripada tiga lelaki Bangladesh, seorang lelaki dan seorang wanita Indonesia, seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki warga India.

“Tindakan diambil susulan maklumat awam berhubung warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas atau permit yang sah serta berniaga tanpa lesen yang sah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd Rusdi, pihaknya turut menggempur sembilan buah premis di Senai pada pukul 12.25 tengah malam dan menahan 50 warga asing.

Katanya, serbuan dibuat susulan premis terbabit menggajikan pekerja warga asing tanpa pas atau permit yang sah.

“Kesemua warga asing berusia 19 hingga 55 tahun yang ditahan itu terdiri daripada 15 lelaki dan 32 perempuan warganegara Myanmar, dua lelaki Nepal dan seorang lelaki Indonesia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI