fbpx

Usaha sama Leave A Nest, ADA Biotech kaji hasilkan produk biodegradable

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Yeow Chuan (dua dari kiri) bersama Maru Yukihiro (dua dari kanan) menunjukkan dokumen pemeteraian antara ADA Biotech dan Leave A Nest di USM, Pulau Pinang baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kerjasama antara Leave A Nest dan ADA Biotech Sdn. Bhd. (ADA Biotech), syarikat perintis dalam menghasilkan produk biodegradable, bakal menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat kajian dan pembangunan (R&D) bagi penghasilan produk kelestarian.

Bagi menjayakan misi tersebut, satu memorandum persefahaman (MoU) antara dua syarikat tersebut telah dimeterai dalam satu majlis di Fakulti Sains di Universiti Sains Malaysia (USM) di Bukit Jambul di sini baru-baru ini.

Menurut Pengasas dan Pengerusi ADA Biotech, Tan Yeow Chuan, usaha sama itu akan membantu syarikat me­ningkatkan kualiti dan meneroka kaedah menggunakan bahan alam semula jadi bagi menghasilkan produk biodegradable termasuk straw mesra alam yang dihasilkan syarikat ber­kenaan.

 

“Kami mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat R&D bagi penghasilan produk-produk biodegradable mesra alam dengan teknologi yang ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis memeterai MoU tersebut yang diwakili Yeow Chuan serta Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leave A Nest, Dr. Maru Yukihiro.

Yeow Chuan menjelaskan, ADA Biotech telah menghasilkan produk straw biodegra­dable mesra alam sejak 2019 dan produk tersebut telah me­nembusi pasaran dalam dan luar negara.

Katanya, antara negara yang telah menggunakan straw keluarannya adalah Filipina, Indonesia, Singapura, Kepulauan Fiji .

“Kami menyasarkan untuk meluaskan pasaran ke Austra­lia, Kanada, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.

“Kami menyasarkan jualan sehingga 500 juta batang straw biodegradable mesra alam menjelang lima tahun lagi.

“Sasaran tersebut dibuat bersandarkan prestasi jualan straw biodegradable yang dihasilkannya meningkat setiap tahun,” katanya.

Tambah Yeow Chuan, pada tahun ini sasaran jualan straw sebanyak 70 juta batang dan setakat September tahun ini, jumlah jualan straw telah mencecah 45 juta batang.

“Untuk tahun 2025 kita sasar jualan straw mencecah 160 juta dan jumlah jualan dijangka berganda setiap tahun sehingga mencapai 500 juta batang dalam tempoh lima tahun lagi.

“Kami juga sedang dalam pe­ringkat akhir penyelidikan bersama Leave A Nest untuk menghasilkan produk straw biodegradable yang menggunakan bahan seperti kelapa dan konjac

“Selain itu kami juga bakal menghasilkan produk biodegradable yang baharu seperti straw dibuat daripada kopi dan pasir kucing, pembungkusan makanan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI