fbpx

Tidak dapat bergerak, diserang strok ketika bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ZAKRI (tengah) memerlukan bantuan tunai sebanyak RM60,000 untuk pembedahan mengeluarkan darah beku di otak.

GEORGE TOWN – Seorang pesakit strok merayu bantuan orang ramai membantu meri­ngankan beban yang ditanggungnya bagi menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku pada otak dengan kos perubatan sebanyak RM60,000.

Mohamad Zakri Hashim, 59, yang bekerja sebagai buruh binaan kini tidak dapat bergerak dan bercakap setelah diserang strok kedua baru-baru ini.

Pengerusi badan amal, One Hope Charity & Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, duda dua anak itu sebelum ini diserang angin ahmar apabila tiba-tiba mengalami pening dan keletihan semasa bekerja.

“Keluarga kemudian membawa Mohamad Zakri ke hospital sebelum ujian mendapati yang dia mengalami strok ringan dan diberi ubat serotonin.

“Tetapi, esoknya dia tidak dapat bergerak dan bercakap selepas mengalami strok kedua dan kali ini penyumbatan saluran darah lebih besar yang memerlukan pembedahan,” katanya di sini semalam.

Katanya, keluarganya tidak mampu membiayai kos rawatan trombektomi mekanikal tersebut.

Ujarnya, mereka telah tampil ke badan amal berkenaan bagi mendapatkan bantuan dana sebanyak RM60,000.

“Dia hanya bekerja sebagai pemandu lori dengan gaji harian RM70.

“Kadang-kadang dia juga menjadi pengawal keselamatan gantian bagi meringankan beban menantunya yang bekerja sebagai polis bantuan yang mempu­nyai tiga anak.

“Isterinya meninggal dunia empat tahun lepas akibat kanser payudara, manakala dua anak perempuan berusia 27 dan 33 tahun telah berkahwin dan tidak bekerja,” ujarnya.

Tambah Sui Hau, orang ramai yang ingin membantu boleh ­menghubungi talian 04-539 9212, 016-419 2192, 019-232 2192 atau 018-911 4192.

Selain itu, sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan melayari laman sesawang www.onehopecharity.org.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI